1day. – 1day in your life. Alhamdullilah.

https://1day.art.blog/

Advertisement

Pru 15

Usah ulangi kesilapan UMNO

Saya sertakan rekod pencapaian MCA dalam PRU14 yang di’sedekah’kan untuk bertanding di 10 kawasan majoriti Melayu.

Dalam PRU tersebut, MCA hanya berjaya menang 1 kerusi iaitu Parlimen Air Hitam. MCA kalah di 9 buah kerusi majoriti Melayu yang lain.

MCA menang dalam PRK Tg Piai dengan ihsan orang Melayu, menjadikan 2 orang MP MCA kini berada di parlimen.

Biar pun hanya 2 kerusi, MCA menjuarai agenda bangsa Cina apabila berjaya :

1- Mengekal status pendidikan vernakular, bahkan menambah 10 lagi SJKC dan memindahkan 6 lagi ke kawasan yang lebih besar.

2- Mendapat posisi utama CEO semua pelabuhan Melaka, Klang dan Pulau Pinang serta pengangkutan udara

3- Sumbangan RM 58 juta untuk IPTS MCA, Universiti TAR

4- Pengiktirafan UEC

Namun MCA sangat lantang menentang pengenalan tulisan jawi, menolak pemerkasaan undang-undang syariat (untuk umat Islam) dan sebagainya.

Cuba lihat Raub, setelah 50 tahun mereka menceroboh tanah kerajaan untuk tanaman musang king secara haram, mereka tetap menolak calon MCA DARI BN yang menyedekah kawasan majoriti Melayu.

Kawasan majoriti Melayu mesti ditandingi oleh calon Melayu. Biar MCA bertemu buku dengan ruas dengan DAP di kawasan majoriti Cina.

Usah ulangi kesilapan UMNO, manakala PAS pula mesti lebih berani bersuara men’tarbiah’ UMNO untuk memperjuangkan agenda agama, bangsa dan negara.

Ikuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]